Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Sediakan pelbagai kemudahan asas termasuk kebajikan jadi agenda utama ADUN Rembia, Melaka

  • Published in Laporan Khas

 

REMBIA, 22 Feb - Ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain apatah lagi dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Pemimpin masyarakat pastinya antara yang memainkan peranan utama mendekati rakyat yang memerlukan.

Segmen Bersama Rakyat; mendekati ADUN Rembia, Melaka dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk rakyat.

Rakyat dan pemimpin perlu berganding bahu menjana pembangunan masyarakat yang lebih dinamik dalam membentuk kesepakatan.

Bagi Datuk Muhamad Jailani Khamis, permasalahan rakyat bukan sahaja mengenai sosio ekonomi.

Malah mencakupi pelbagai aspek.

Dan menjadi agenda utamanya dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk kebajikan kepada yang memerlukan.

Melalui program Ziarah Kasih yang dilakukannya setiap bulan, rakyat disantuni secara lebih dekat disamping dapat mendengar keluh kesah mereka di peringkat akar umbi.

Seterusnya diambil tindakan sebaik mungkin.

Beliau berharap pihak berkaitan termasuk Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) dan Japerun dapat bekerjasama mendekati dan menyelami permasalahan rakyat.

Bagi masyarakat, kedatangan pemimpin menziarah mereka sedikit sebanyak membuka ruang untuk membicarakan permasalahan agar tindakan dapat diambil demi kelangsungan hidup.

Selain mendekati masyarakat setempat, Datuk Muhammad Jailani turut tidak melupakan anggota keselamatan di kawasan Rembia.

Mereka turut disantuni bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sekaligus melengkapi slogan PDRM; Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada.