Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

Lapan lelaki ditahan miliki senjata berbahaya

JOHOR BAHRU, 28 April - Lapan lelaki ditahan di sebuah rumah di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, kerana memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Suspek berusia 27 hingga 48 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi semalam menerusi Operasi Covid Shield Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam.

Pegawai Pemerintahnya, Superitenden Dimin Awang dalam satu kenyataan memaklumkan antara barang yang ditemui ketika serbuan ialah lima senjata berjadual, antaranya pedang samurai, kerambit dan pisau bertombak.

Turut ditemui, 86 biji pil eramin five serta wang tunai berjumlah RM700,000 yang disembunyikan dalam sebuah kereta.

Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM853,990.

Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 36 Akta Senjata 1960, Seksyen 39A (1)Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 1138