Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

4 beradik pengurus kilang direman, terbabit dalam kejadian pencemaran sungai

SELAYANG, 5 September - Empat pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang direman 6 hari bermula hari ini. 

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohamed Redza ke atas kesemua suspek.

Kesemua mereka dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang kira-kira 9.45 pagi ini selepas ditahan malam tadi.

Terdahulu, tiga suspek ditahan di kediaman mereka di Selayang pada kira-kira 11.20 malam manakala seorang lagi suspek ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama peguamnya pada 12.30 tengah malam tadi.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek dibawa ke Ibu IPD Gombak untuk siasatan selanjutnya.

Penahanan di buat ekoran pencemaran minyak daripada kilang itu pada Khamis lepas, yang menjadi punca bekalan air sekitar Lembah Klang terjejas.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 247