Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM3.3 juta

MUAR, 5 Mac - 75 kotak rokok disyaki diseludup bernilai RM3.3 juta dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor dalam serbuan berasingan di Tangkak dan Muar petang kelmarin.

Dua lelaki berusia 31 dan 28 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan pertama di Pekan Rawang, Tangkak melibatkan rampasan 269 kotak rokok bernilai RM3.1 juta.

Enam lagi kotak rokok lari cukai ditemui dalam serbuan berikutnya.

Pelaku kedua-dua kegiatan dipercayai ada kaitan.

Siasatan awal mendapati rokok yang dirampas disyaki diseludup dari negara jiran.

Suspek berusia 28 dan 31 tahun direman untuk membantu saisatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 359