Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Salah guna nama dan gambar Ketua Polis Kedah, akaun Instagram “datosrig” disiasat

  • Published in Jenayah

SUNGAI PETANI, 25 November - Salah guna nama dan gambar Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam poster iklan program.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat Pegawai Kanan Polis berpangkat Asisten Superitenden Polis yang bertugas di IPD Kuala Muda, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah dalam satu kenyataan berkata, artikel dan poster dimuatnaik oleh pemilik Instagram atas nama “datosrig”.

Siasatan awal mendapati, selain nama Ketua Polis, poster tersebut turut memaparkan nama dan foto Kerabat Diraja Kedah, Tunku Nur Muhammad ibni Almarhum Tunku Adnan dan Pengerusi Agro Kedah, Datuk Wan Zulkifli.

Poster berkenaan berkaitan “Program Presiden Agro Malaysia Turun Padang Jumpa Usahawan Agro” di Sungai Petani, Kedah bertarikh 25 November 2021.

Hasil semakan polis, program berkenaan adalah tidak wujud.

Dan pihak polis menafikan sekeras-kerasnya penglibatan Ketua Polis Kedah di dalam program itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mereka yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dalam masa terdekat bagi dirakam percakapan.