Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Bersatu Balik Pulau buat laporan polis berhubung artikel fitnah terhadap Menteri Kanan Pendidikan

  • Published in Jenayah

GEORGE TOWN, 25 November - Satu laporan polis berhubung artikel disiar sebuah portal yang disifatkan tidak tepat dan palsu mengenai Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Balik Pulau.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Bersatu Bahagian Balik Pulau, Rosmady Mat Abu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, 2.00 petang semalam.

Menurut beliau, kandungan artikel yang disiarkan 21 November lalu itu bersifat menjejaskan kredibiliti Menteri Kanan Pendidikan selain mahu mencemar nama baik Kementerian Pendidikan secara keseluruhannya.

Beliau dalam masa sama berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan serius ke atas pemilik portal tersebut yang dianggap telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang awam.