Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Suami maut ditikam isteri selepas bertengkar dituduh jalin hubungan sulit

  • Published in Jenayah

BATU CAVES, 21 Oktober - Seorang lelaki maut ditikam besi pemegang payung oleh isterinya, dalam kejadian di Kampung Laksamana, Batu Caves.

Sebelum itu, berlaku pertengkaran kerana menuduh isterinya menjalin hubungan sulit.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, polis menerima laporan kejadian, pada tengah malam Selasa.

Hasil siasatan mendapati, mangsa terlebih dahulu cuba menyerang suspek menggunakan gunting.

Suspek kemudian bertindak balas dengan mematahkan besi pada pemegang payung dan menikam perut mangsa.

Polis menemui senjata yang digunakan suspek di bahagian belakang rumah berkenaan.

Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan.