Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

PDRM jalin kerjasama dengan polis Australia siasat rakyat Malaysia ditahan seludup dadah

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berkerjasama dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warganegara Malaysia yang cuba menyeludup dadah ke Australia.

Kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek ditahan pihak berkuasa Australia selepas dikesan cuba menyeludup 450 kilogram heroin bernilai lebih RM400 juta ke negara itu.

Segala tindakan perlu diambil bagi memastikan sebarang kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

Terdahulu, polis Australia memaklumkan dadah seberat 450 kilogram itu dikesan dalam kontena kapal yang diisytihar mengandungi jubin seramik.