Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Polis rampas 1.4 tan daun ketum bernilai RM42,000

  • Published in Jenayah

PADANG BESAR, 3 Oktober - 1.4 tan daun ketum bernilai RM42,000 dirampas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar kira-kira pukul 10.00 malam tadi.

Kesemua daun ketum ditemui di dalam sebuah rumah sewa di Kampung Kolam, Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas memaklumkan, pihaknya membuat intipan dan risikan di lokasi berkenaan setelah menerima maklumat orang awam.

Pemerhatian selama satu jam mendapati tiada penghuni atau individu memasuki rumah terbabit dan pihak polis bertindak menghubungi pemilik rumah sewa tersebut untuk hadir ke lokasi.

Pemeriksaan di dalam rumah menemui bungkusan daun ketum dilonggokkan di atas lantai hampir di keseluruhan rumah.

Kesemua rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, IPD Padang Besar untuk siasatan lanjut.

Siasatan diteruskan bagi mengesan penyewa rumah berkenaan yang dipercayai melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.