Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Pandu lawan arus: Pegawai pemasaran berdepan hukuman mati

  • Published in Jenayah

SHAH ALAM, 20 September - Seorang pegawai pemasaran syarikat swasta yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas dua tuduhan membunuh.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

K. Devaaswin, didakwa membunuh Nur Afiqah Abdul Karim dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, di Kilometer 8.6 Lebuh raya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur, di Shah Alam pada 1.20 pagi, 12 September lepas.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes.