Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Palsukan sijil suntikan vaksin, 10 individu dihadap ke mahkamah

  • Published in Jenayah

PARLIMEN, 15 September - 10 individu telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memalsukan sijil suntikan vaksin setakat ini.

Manakala seorang telah didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara.

Golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tindakan kompaun boleh dikenakan serta-merta sekiranya individu berkenaan didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Pada masa sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.