Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pencerobohan kawasan tangkapan ikan, 8 nelayan asing berjaya ditahan

  • Published in Jenayah

PASIR PUTEH, 13 September - Tindakan sebuah bot nelayan Vietnam yang menyamar sebagai nelayan tempatan di perairan Pasir Puteh, Kelantan tidak berhasil apabila taktik itu dihidu pihak berkuasa.

Dalam operasi di 5 batu nautika dari Muara Tok Bali itu, 8 nelayan asing berjaya ditahan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Abd Rahman berkata, pemeriksaan pada bot menemukan kesan nombor pendaftaran asal negara vietnam yang telah dipadam dengan cat putih.

Kepten Maritim Syed Nor Adli berkata, penahanan bot kali ini mungkin berkaitan dengan penahanan dua bot pada 7 September lepas kerana mempunyai modus operandi yang sama.

Beliau ditemui di Pejabat Maritim Kelantan di Tok Bali Pasir Puteh.