Logo

Pemuda maut akibat lembu berkeliaran di lebuh raya

SUNGAI PETANI, 10 September - Seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 91.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat Sungai Petani malam tadi angkara lembu berkeliaran di lebuh raya.

Manakala sepasang suami isteri terselamat, walaupun kereta mereka gagal mengelak kumpulan lembu berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, dalam kejadian pukul 9.10 malam itu, mangsa Qairul Idham Baharuddin, 27 tahun terbabas selepas melanggar lembu di lebuh raya berkenaan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian badan dan kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren di Pulau Pinang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Gurun Jaya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah untuk bedah siasat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.