Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Lelaki amuk libas galah sabit atas kereta peronda polis ditahan

  • Published in Jenayah

GOPENG, 8 September - Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak agresif dengan mengamuk di Balai Polis Gopeng, Kampar, Perak.

Dalam kejadian berkenaan, dia bertindak memanjat kenderaan pihak berkuasa dan melibaskan senjata tajam.

Kejadian berlaku pukul 8.00 pagi tadi.

Suspek yang menaiki motosikal secara tiba-tiba masuk ke perkarangan balai dan melibaskan senjata dibawa.

Polis kemudian cuba menahan suspek berusia dalam lingkungan 60 tahun itu.

Dia bagaimanapun cuba melarikan diri sebelum berjaya dikepung di luar balai.

Suspek yang enggan menyerah diri bertindak lebih agresif dengan memanjat kenderaan polis dan melibas sabit.

Dia akhirnya ditahan dengan bantuan anggota bomba dengan membuat semburan air ke arahnya.

Ujian air kencing mendapati suspek positif syabu dan heroin.

Dia juga memiliki 16 rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Akta Polis 1967, Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Dadah Berbahaya 1952.