Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

10 individu ditahan terbabit aktiviti parti liar

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Polis menahan 10 individu selepas disyaki terbabit aktiviti parti liar di sebuah residen di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.

Kesemua suspek berusia 18 hingga 40 tahun termasuk seorang penjawat awam dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dilakukan pasukan pematuhan dan Narkortik IPD Dang Wangi pukul 7.30 malam hasil maklumat orang awam.

Dua individu daripada 10 yang ditahan didapati melakukan pergerakan rentas daerah tanpa kebenaran dan dikompaun RM5,000 setiap seorang.

Selain itu, 10 individu tersebut juga turut dikompaun RM4,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengadakan majlis sosial dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.