Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Serang anggota polis dengan sebilah pedang, lelaki maut ditembak

  • Published in Jenayah

PADANG BESAR, 16 Julai - Tindakan seorang lelaki berusia 55 tahun menyerang anggota polis dengan sebilah pedang berakhir dengan kematian.

Suspek ditembak setelah tembakan amaran tidak diendahkan.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar, kira-kira 6.50 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Padang Besar, Supritendan Saifudin Aslin Abbas dalam kenyataannya, sebelum kejadian pihaknya menerima laporan daripada seorang suri rumah mendakwa dirinya didera oleh suspek yang merupakan suaminya.

Bertindak atas aduan berkenaan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar bergegas ke rumah suspek untuk membuat tangkapan pada pukul 5.30 petang.

Suspek kemudiannya bertindak agresif menyerang anggota polis dengan melibas parang menyebabkan tiga anggota polis cedera ditangan, kaki dan kepala.

Satu tembakan amaran dilepaskan, namun suspek terus bertindak agresif sebelum satu lagi tembakan dilepaskan menyebabkan suspek rebah ditempat kejadian.

Suspek disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat, manakala anggota polis yang cedera mendapatkan rawatan diHospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 6 rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat serta kesalahan berkaitan AktaRacun.

Kesdisiasat di bawah seksyen 307 Kanun Keseksaan.