Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

OP Benteng, rampasan bernilai RM5 juta dalam tempoh sebulan

  • Published in Jenayah

RANTAU PANJANG, 16 Julai - Hampir RM5 juta nilai rampasan dengan 113 kes dan 94 tangkapan dalam tempoh sebulan. 

Itu kejayaan dilakar Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang merampas pelbagai jenis barangan dalam penugasan Op Benteng COVID Kelantan selepas mengambil alih daripada Batalion 8 PGA, 16 Jun lalu.

Pegawai Pemerintahnya Superitenden Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh tersebut Batalion 7 PGA telah berjaya melaksanakan pelbagai tangkapan dan rampasan berkaitan dengan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Barangan kontraban, iaitu pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan paling banyak dirampas membabitkan 55 kes dengan nilai keseluruhan RM3 juta.

Turut dirampas, haiwan ternakan masing-masing lembu 63 ekor dan kambing, 50 ekor yang dipercayai mendapat permintaan tinggi pasaran tempatan khususnya untuk sambutan Hari Raya Aidiladha.