Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Polis Perak sangkal berita anggotanya meninggal selepas suntikan vaksin dos kedua

  • Published in Jenayah

IPOH, 4 April - Polis Perak menafikan berita yang tular di media sosial berkaitan kematian seorang anggota polis daerah Gerik akibat suntikan vaksin dos kedua.

Ketua Polisnya, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, susulan itu, tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun Facebook 'Junaidah June' kerana telah menyebarkan berita palsu.

Menurutnya, anggota polis terbabit, Koperal Rakmin Yusoff ketika ini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping berikutan masalah jantung tersumbat.

Beliau kini berada dalam keadaan sedar dan stabil serta akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.

Datuk Mior Faridalathrash juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak yang lebih bertanggungjawab.