Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Tindakan potong barisan dapatkan vaksin dianggap satu penyelewengan

  • Published in Jenayah

ULU KINTA, 1 Mac - Tindakan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin boleh dianggap satu penyelewengan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap mana-mana pihak terlibat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bagaimanapun berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi dibuat mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan mengatakan terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba memotong barisan untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, Tan Sri Abdul Hamid mengesahkan belum ada tangkapan dibuat terhadap mana-mana ahli kumpulan anti vaksin.

Jelasnya, tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya kumpulan berkenaan terus mencabar pihak berkuasa dengan menyebarkan propaganda bagi tujuan menghasut masyarakat.