Tak kira apa darjat pun, polis tegas gempur dalang edar dadah
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Jenayah
JELI, 27 Februari - Berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan Datuk Seri serta mempunyai rangkaian perniagaan yang sah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan modus operandi beberapa dalang utama sindiket pengedaran dadah yang berjaya dibongkar.
Beliau memberi komitmen akan mendedahkan perkara itu dan memastikan dalang berkenaan dibawa ke muka pengadilan.
Mengulas mengenai penahanan enam individu termasuk seorang pegawai polis ketika sedang berhibur sambil mengambil dadah di Perak baru–baru ini, Tan Sri Abdul Hamid berkata mereka tidak akan terlepas daripada hukuman atau menerima layanan istimewa hanya kerana mereka anggota polis.
Sebaliknya siasatan telus akan dibuat sama seperti pelaku jenayah yang lain.