Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

7 nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

  • Published in Jenayah

PASIR PUTEH, 25 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan menangkap hasil laut negara membabitkan rampasan bernilai RM350,000.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaakob berkata, bot terbabit bersama tujuh nelayan asing termasuk tekong ditahan pagi tadi di 84 batu nautika daripada muara Tok Bali.

Bot membawa pelbagai hasil tangkapan ikan dengan anggaran berat 100 kilogram.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 46 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen yang sah untuk melakukan aktiviti perikanan di perairan negara.

Bot dan kesemua nelayan warga Vietnam terbabit ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.