Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

Kes Murtad: Polis Johor ambil keterangan bapa dan kakak salah seorang suspek

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 25 Februari - Pihak berkuasa Johor telah mengambil keterangan bapa dan kakak salah seorang suspek kes memurtadkan seorang wanita Islam yang tular di media sosial minggu lepas.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ini pihaknya masih meneruskan siasatan termasuk mengesan kedua-dua suspek berkenaan.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Penyerahan 34 Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 kepada polis kontinjen Johor.

Semua kenderaan ini digunakan untuk operasi menggantikan kenderaan Land Rover yang dilupuskan.