Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Suspek OKU ditahan bantu siasatan penemuan mayat warga emas OKU

  • Published in Jenayah

ALOR SETAR, 24 Februari - Polis menahan seorang lelaki OKU bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang warga emas yang juga OKU di kawasan Sekolah Kebangsaan Suka Menanti, Alor Setar semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan di kawasan Taman Wira Mergong.

Jelasnya, suspek dipercayai dilihat bergaduh dengan mangsa di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.
 
Suspek kemudiannya telah membawa mangsa masuk ke dalam kereta miliknya.

Senjata yang digunakan iaitu sebilah parang telah dijumpai di dalam kereta suspek.

Mayat mangsa berusia 73 tahun ditemui dengan kesan kecederaan parah pada bahagian leher.

Motif kejadian masih dalam siasatan, selain polis turut menyiasat sama ada ia melibatkan kes culik atau tidak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.