Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Tiada permit import, MAQIS rampas hasil pertanian seberat 710kg

  • Published in Jenayah

PADANG BESAR, 24 Februari - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Perlis merampas buah mangga, ubi kemili dan kacang tanah yang dianggarkan seberat 710 kilogram bernilai hampir RM8,000.

Pengarah MAQIS Negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, ia susulan penahanan sebuah lori dari Thailand di ICQS Padang Besar, Perlis pada 19 Februari lalu selepas gagal mengemukakan permit import yang diminta.

Perbuatan mengimport dagangan keluaran pertanian tanpa permit import disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta yang sama. 

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.