Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Polis tahan lelaki bantu siasatan video tular Myvi rempuh van

  • Published in Jenayah

SELANGOR, 23 Februari - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kemalangan yang menyebabkan seorang pemandu cedera parah di Bandar Kinrara, Puchong semalam.

Tular video membabitkan sebuah kereta Myvi yang dipandu laju, merempuh sebuah van dan Proton Waja di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 2.40 petang semalam.

Pengadu seorang anggota polis kebetulan berada di tempat kejadian.

Salah seorang pemandu didapati cuba melarikan diri, namun ditahan orang awam.

Suspek dibawa ke Balai Polis Serdang untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal mendapati kereta Myvi telah dipandu laju dan melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas.

Pemandu van yang cedera parah itu dibawa ke Hospital Serdang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.