Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Sugarbook: Pelajar wanita bimbang gambar peribadi disalahgunakan

  • Published in Jenayah

ALOR SETAR, 19 Februari- Seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta bimbang tentang gambar peribadinya di media sosial.

Takut disalahguna oleh aplikasi Sugarbook, dia tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir menerusi kenyataan mengesahkan menerima laporan yang dibuat di Balai Polis Kota Sarang Semut.

Menurut ACP Ahmad Shukri pengadu memaklumkan melihat satu paparan di akaun Facebook 'Biar Jasa Jadi Kenangan' terdapat gambar miliknya yang pernah dimuat naik ke akaun Instagram di dalam aplikasi Sugarbook.

Berikutan itu pengadu menafikan mempunyai akaun Sugarbook dan bimbang gambar beliau disalahgunakan.