Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Percubaan seludup biji bijan bernilai RM38,281 digagalkan

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 22 Januari - Cubaan menyeludup masuk 2,721 kilogram biji bijan di selatan tanah air berjaya ditumpaskan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor.

Biji bijan dari Mexico yang dianggarkan bernilai RM38,281 itu cuba dibawa masuk melalui Singapura.

Pengarah MAQIS Negeri, Nur Affifah A. Rahman menerusi kenyataan memaklumkan, biji bijan tersebut tidak memenuhi dos rawatan yang telah ditetapkan seperti diperuntukkan dalam syarat permit import MAQIS.

Seorang pemandu lori lelaki berumur 36 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).