Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

3 warga asing, 1 orang lelaki tempatan ditahan pecah masuk kedai serbaneka

  • Published in Jenayah

GOMBAK, 22 Januari - Tiga lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes pecah kedai serbaneka di Jalan Dataran Selayang, Batu Caves yang membabitkan kerugian RM10,000.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, penahanan suspek pertama membawa kepada penahanan tiga lagi suspek yang semuanya berusia 23 hingga 26 tahun.

Dalam kejadian pecah masuk berkenaan, suspek disyaki mencuri peralatan cctv dan decoder, sebuah telefon bimbit dan pelbagai jenis rokok.

Turut dirampas, wang tunai RM1,800 disyaki hasil dari jualan rokok curi dari kedai serbaneka tersebut.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan ditahan reman enam hari mulai 18 Januari untuk siasatan lanjut.