Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Pembantu klinik didakwa di mahkamah lakukan amang seksual terhadap dua anak perempuan

  • Published in Jenayah

IPOH, 19 Januari - Seorang pembantu klinik kerajaan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua orang anak perempuan kandungnya pada April tahun lalu.

Tertuduh, 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 10 April 2020 melakukan amang seksual ke atas anaknya berusia enam tahun dengan cara memegang kemaluannya bagi tujuan seksual di rumahnya di Lekir Sitiawan, Manjung.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anaknya berusia sembilan tahun pada April tahun lalu di tempat yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohd Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asri Othman.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes 25 Februari depan.