Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Bernilai lebih dari RM200 juta, polis berjaya rampas dadah terbesar

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 18 Januari- Polis berjaya merampas dadah terbesar bernilai lebih RM200 juta menerusi serbuan di tiga stor penyimpanan di sekitar Johor Bahru, pada 14 dan 15 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rampasan itu yang terbesar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) adalah hasil siasatan terhadap 15 suspek yang ditahan pada 12 Januari.

Polis turut menyita empat kenderaan mewah dan wang tunai RM5 juta serta 62 akaun bank bernilai RM1.23 juta.