Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Polis Johor berjaya patahkan sindiket pengedaran dadah terbesar berjumlah RM210 juta

  • Published in Jenayah

JOHOR BAHRU, 17 Januari - Polis Johor sekali lagi berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah terbesar berjumlah RM210 juta.

Tangkapan terbaharu melibatkan seorang suspek berusia 34 tahun pada 14 Januari lalu di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan terbaharu itu hasil operasi susulan selepas tangkapan 15 suspek pada 12 Januari lalu yang membawa rampasan bernilai RM125.8 juta.

Menerusi tangkapan terbaharu, suspek menjadikan sebuah kilang di Taman Mount Austin dan dua buah rumah sewa di Taman Setia Indah sebagai stor penyimpanan dadah.

Pelbagai jenis dadah, peralatan memproses dan kenderaan mewah dirampas serta disita.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Seorang lagi suspek yang merupakan mekanik berusia 38 tahun ditahan semalam pukul 2.30 petang di Taman Gaya, Johor Bahru.

Semua suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.