Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Dua beranak maut kemalangan, kenderaan hilang kawalan

  • Published in Jenayah

KLUANG, 15 Januari - Dua beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 74.3 Jalan Johor Bahru Ayer Hitam, Kluang, Johor kira-kira pukul 10.40 malam semalam manakala dua lagi cedera.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Low Hang Seng, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu B. Guna, 40 tahun mengelak kenderaan di kanan jalan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok.

Isterinya, B. M. Nagaranjini, 25 tahun dan bayi perempuannya, G. Varsha, lima bulan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Manakala B. Guna dan anak lelaki mereka, G. Trishikan, 6 tahun patah kaki.

Mereka dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.