Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Jangan buat urusan pendaftaran Program Rekalibrasi dengan pihak lain

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 14 Januari- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang urusan dengan agen dan pihak ketiga untuk pendaftaran Program Rekalibrasi.

Demikian kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud pada hari ini.

Kenyataan itu hadir susulan Jabatan Imigresen Malaysia mendapat maklumat cubaan oleh agen dan pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan bagi program berkenaan dengan jumlah bayaran tertentu.

Menurut Indera Khairul, perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga itu adalah seperti menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi buat majikan yang ingin menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kepada PATI yang ingin pulang ke negara asal.

Beliau menegaskan Jabatan Imigresen Malaysia tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pendaftaran Program Rekalibrasi berkenaan.

Proses pendaftaran Program itu boleh dibuat secara terus di Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia .