Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Lelaki miliki syabu bernilai RM55,600 dicekup

  • Published in Jenayah

ALOR SETAR, 14 Januari - Tindakan seorang lelaki membawa beg kertas mengandungi dadah di dalam raga motosikal bagi mengaburi pihak berkuasa, gagal.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 556 gram bernilai RM55,600 di Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil pemeriksaan menemui 12 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.

Dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Perlis.

Ujian saringan air kencing suspek yang berasal dari Kangar itu mendapati beliau positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat dibawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama Seksyen 39 B akta yang sama.