Mangsa banjir dinasihat agar berhati-hati dengan tawaran pihak tertentu
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Jenayah
TEMERLOH, 10 Januari- Ketika ditimpa musibah dan ujian, penduduk terjejas banjir cuba ditipu pihak tertentu yang menawarkan bantuan tidak wujud.
Kegiatan itu dilaporkan berlaku di Pahang.
Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil menasihati orang awam, terutamanya mangsa banjir agar berwaspada.
"Nasihat saya, jika terdapat sindiket yang cuba menipu mangsa banjir, kononnya mahu memberi bantuan membaiki rumah dan mereka dikehendaki membayar cas perkhidmatan, sila berhati-hati apabila dirujuk oleh mana-mana pihak yang cuba menipu."
Beliau ditemui ketika mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan, SMK Seberang Temerloh.