Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

'Tiada laporan kes pedofilia'- JAKOA

  • Published in Jenayah


SEREMBAN, 3 Disember- 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pedofilia yang didakwa berlaku di sebuah perkampungan di Negeri Sembilan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, NGO berkenaan tidak memberikan bukti laporan polis serta data yang sahih berhubung dakwaan kes tersebut.

NGO itu dikatakan menerima maklumat kes itu semasa menjalankan program di perkampungan berkenaan pada 29 Julai 2019.

Hasil siasatan, tiada laporan dibuat oleh penduduk kampung berkenaan ketika program ‘Jiwa Murni dan Kesejahteraan Komuniti’ anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan pada tahun lepas.

Tok Batin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli serta penduduk kampung turut mengesahkan, tiada sebarang laporan dibuat berkenaan kes pedofilia seperti didakwa.

JAKOA memandang serius dakwaan tersebut dan sedia memberi kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO dan individu dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Orang Asli mengenai isu pedofilia.