Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Tuduhan merogol, pendakwah muda ditahan semula

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen akan ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung enam kes jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis telah menerima tujuh laporan berkaitan lelaki berusia 25 tahun itu sehingga semalam.

Sebuah pasukan khas ditubuh untuk menyiasat kes tersebut.

Sebelum ini, pendakwah selebriti itu direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam September tahun lalu.

Suspek ditahan pada pukul 11 malam 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Terbaharu, seorang guru berusia 22 tahun tampil membuat laporan semalam mendakwa menjadi mangsa rogol suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan polis menerima dua laporan membabitkan kes sama di Daerah Petaling Jaya.