Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Polis tahan 22 suspek insiden berbalas tembakan di sempadan

  • Published in Jenayah

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Seramai 22 suspek insiden serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand ditahan setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, tangkapan melibatkan 18 individu tempatan dan empat warga Thailand berusia antara 19 hingga 45 tahun.

Insiden berbalas tembakan pada 24 November lalu meragut nyawa Sarjan Baharuddin Ramli.

Manakala Sarjan Norihan Tari yang cedera parah kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Mereka yang sedang melakukan tugasan risikan di kawasan terbabit diserang dua kumpulan penyeludup yang disyaki warga tempatan dan warga asing.