Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Kes tembak PGA: Perintah reman ke atas suspek dilanjutkan

  • Published in Jenayah


KANGAR, 1 Disember- 
Tiga warga Thailand yang disyaki terlibat kes tembak mati dan mencederakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), dilanjutkan seminggu lagi hingga 8 Disember depan.

Perintah lanjutan reman dibenarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti NorHasliza Md Ali.

Tiga suspek yang berusia 34, 35 dan 38 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 9.05 pagi.

Dan selepas lebih kurang lima minit, urusan permohonan lanjutan reman selesai dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.

Sehingga kini, polis berjaya menahan 22 orang termasuk dalang utama penyeludupan daun ketum yang berkait insiden tembakan itu.

Dalam kejadian Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54 tahun meninggal dunia selepas berbalas tembakan dengan 13 penyeludup ketum berhampiran tembok sempadan negara di Padang Besar, Perlis.

Manakala seorang lagi, Sarjan Norihan A/L Tari, 39 tahun cedera.