Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

Dua lagi ejen direman, sindiket palsu cap sempadan

  • Published in Jenayah

PUTRAJAYA, 29 Nov - Dua individu yang dipercayai berperanan sebagai ejen berkaitan kes sindiket rasuah dalam pemalsuan cap sempadan di pintu masuk antarabangsa negara direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman hingga 4 Disember depan dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, mereka sebelum ini dicari oleh SPRM menerusi kenyataan media yang disiarkan pada 18 dan 23 November lalu.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 35 dan 49 tahun ini berjaya dikesan dan seterusnya ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menerusi tangkapan terbaharu ini, wang tunai dan beberapa passport warga asing juga turut disita.

Penahanan ini menjadikan kesemua mereka yang ditahan seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan orang awam - sembilan.