Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

94 individu ditahan AADK Melaka

  • Published in Jenayah

ALOR GAJAH, 26 November - 94 individu ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka dalam operasi yang dijalankan di tiga daerah negeri itu sejak 20 November lalu.

Pengarah AADK Negeri, Nazir Mohamad berkata, sepanjang tiga hari operasi tersebut dilaksanakan, kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 45 tahun merupakan warga tempatan.

Majoriti adalah penganggur.

Dua wanita serta dua remaja bawah umur antara yang ditahan.

Kesemua ditangkap di rumah masing-masing menerusi aduan orang awam dan mereka didapati positif pelbagai jenis dadah.

Kesemua individu terbabit ditahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.