Logo

Op Benteng: 24 PATI ditahan di Serudong


TAWAU, 24 November-
Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita ditahan, dan seorang pemastautin tetap.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan itu dilakukan dalam OP BENTENG pada Ahad di Serudong, Tawau, Sabah.

Tangkapan dibuat oleh kumpulan SERKAP, pada tiga masa yang berbeza ketika semua suspek dalam cubaan untuk pulang ke Indonesia.

Kesemua PATI tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah dan bekerja di kawasan berhampiran.

Nilai rampasan dianggarkan mencecah RM39,820.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.