Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Dua warga Myanmar rogol OKU, diarah dapatkan jurubahasa

  • Published in Jenayah

KUALA TERENGGANU, 23 November - Dua orang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bagi pertuduhan kes rogol seorang orang kurang upaya dalam kejadian di Hulu Terengganu.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 36 tahun bagaimanapun diarahkan untuk mendapatkan jurubahasa kerana tidak memahami bahasa melayu dengan baik.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman menetapkan 3 Disember ini untuk sebutan kes dan mengarahkan suspek mendapatkan jurubahasa dan serahan dokumen.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud

11 November lalu suspek berjaya ditahan dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Hulu Terengganu selepas polis menerima aduan daripada keluarga mangsa.

Mangsa yang berusia 23 tahun oku pekak dan bisu disyaki dirogol dua suspek berkenaan dalam kejadian disebuah rumah kongsi di tapak projek.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.