Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Polis bongkar aktiviti perjudian di balik premis perniagaan

  • Published in Jenayah


ALOR SETAR, 20 November- 
Berselindung di sebalik perniagaan masing-masing tetapi melakukan kegiatan judi dalam talian, dua premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan, kedua-dua premis berkenaan, dikesan melakukan kegiatan perjudian sekitar Alor Setar dan Kuala Kedah, menerusi operasi digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Tindakan dikenakan mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sehingga semalam, 56 premis dikenakan tindakan pemotongan elektrik manakala 50 premis diserbu bagi memastikan kegiatan perjudian dibanteras.