Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

OP Benteng Laut, TLDM usir bot nelayan tanpa pendaftaran dari negara jiran

  • Published in Jenayah

PULAU PERAK, 17 November - Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM berjaya mengusir sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara kira-kira 25 batu nautika tenggara Pulau Perak, petang semalam.

TLDM dalam satu kenyataan menyatakan ia berjaya dikesan ketika KD Laksamana Tan Pusmah yang sedang melaksanakan OP Benteng Laut dan juga OP Pejarak semasa melakukan rondaan di Selat Melaka Utara.

Hasil pemeriksaan mendapati kapal berkenaan tidak memiliki nombor pendaftaran.

Malah terdapat seramai 5 orang warganegara Indonesia dan hanya seorang sahaja yang memiliki dokumen pengenalan diri.

Selain itu pemeriksaan menemui ikan pelbagai jenis seberat 40 kilogram.

TLDM bertindak mengusir bot berkenaan keluar dari perairan negara dengan mengiringi sehingga ke sempadan perairan Malaysia bagi memastikan tiada lagi pencerobohan.

TLDM sentiasa memperkasakan OP Benteng dengan kapal TLDM yang beroperasi 24 jam setiap hari bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain mengekang penularan pandemik COVID-19.