Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Ingkar PKPP: 4 peniaga dikompaun

  • Published in Jenayah


PEKAN, 23 Oktober- 
Masih terdapat segelintir peniaga di sekitar daerah Pekan berdegil mengabaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.

Empat peniaga termasuk seorang pengusaha bengkel dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof, berkata kesalahan dikesan pasukan pemantau sewaktu Operasi Pemantauan, Ops COVID-19, semalam.

Hasil pemantauan, pemilik premis gagal menyediakan buku rekod pelanggan dan pekerja, selain tidak menyediakan alat pengimbas suhu dan gagal meyediakan cecair sanitasi tangan
di premis masing-masing.

Sementara itu, sepanjang tempoh 18 Mac hingga semalam, sebanyak 76 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan sama di daerah berkenaan.

Mohd Razli berkata, pemantauan akan diteruskan bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.