Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Op Perdagangan: 11 lori disita sejak Jun

  • Published in Jenayah


JOHOR BAHRU, 21 Oktober- 
Tanggapan tiada operasi penguatkuasaan pada hujung minggu menjadikan pengusaha dan pemandu lori bersikap sambil lewa dengan membawa lebihan muatan demi mencari keuntungan.

Itu antara alasan yang diberi apabila ditahan, gara-gara membawa lebihan muatan di jalan raya.

Hakikatnya, perbuatan itu boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

Sejak Jun hingga hari ini, sebanyak 11 lori disita hasil 206 Op Perdagangan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, banyak aduan diterima berkaitan aktiviti lori perdagangan yang membawa lebihan muatan terutama di kawasan kuari dan kelapa sawit.

Antara muatan yang dibawa termasuk kelapa sawit, batu dan pasir.

Terdahulu, beliau menghadiri Operasi Perdagangan JSPT Johor.