Logo

Ingkar PKPP: 467 individu ditahan


KUALA LUMPUR, 17 Oktober- 
Seramai 467 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah berkenaan, 460 telah dikompaun, manakala enam individu pula direman dan satu dijamin.

Untuk Op Benteng pula, 58 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan, serta dua bot dan dua kenderaan berat dirampas.

Dari 24 Julai sehingga semalam, hampir 50,000 individu kembali ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Daripada jumlah tersebut, lebih 9,000 sedang menjalani kuarantin wajib di 72 hotel dan 16 premis lain termasuk institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.