Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Dalang kegiatan curi motor, lima ahli geng "Farid Temara" ditahan termasuk seorang wanita

  • Published in Jenayah

IPOH, 17 Oktober - Dalang kegiatan mencuri motosikal di sekitar Ipoh, Perak tumpas.

5 ahli geng 'Farid Temara' termasuk seorang wanita ditahan dalam tiga serbuan berasingan, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata suspek berusia lingkungan usia 20-an hingga 30-an itu yang aktif sejak 6 bulan lalu menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 untuk dilarikan sebelum komponennya dileraikan.

Jelas beliau modus operandi kumpulan itu adalah suspek yang juga teman wanita kepada dalang utama kumpulan itu dijadikan rujukan untuk mencari sasaran sebelum melarikan motosikal mangsa.

Hasil soal siasat, polis berjaya menyelesaikan 19 kes curi motosikal di daerah berkenaan.

Kesemua suspek direman selama 21 hari di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Ipoh.