Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

523 individu ditahan ingkar PKPP

  • Published in Jenayah


PUTRAJAYA, 27 September- 
Seramai 523 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Daripada jumlah itu, 483 individu dikompaun manakala 40 individu lagi direman.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk aktiviti kelab malam, tidak mengamalkan penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup separuh muka, gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan serta tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Semalam, 75 PATI telah ditahan dalam Operasi Benteng.

Turut dirampas, tiga kenderaan darat.